Thursday

al-Fatihah

lazimnya, selepas solat subuh saya akan menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah emak dan abah,mama n arwah ayah,diri sendiri,suami dan 4 orang anak tercinta. mula2 rasa macam payah je nak buat sebab sekali baca nak kene baca sampai 11 kali al-Fatihah..tetapi alhamdulillah..lama2 ianya menjadi mudah. bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".

surah al-Fatihah


sekarang ni, kalu xbaca rasa macam xcukup je urusan satu hari..mmm,alhamdulillah saya sangat bersyukur atas nikmat perasaan ini yang akan menjadikan saya rasa seronok untuk istiqamah melakukannya.nampak sedikit tetapi semoga ada keberkatannya di sisi Allah Azzawajalla..amin.

Daripada Anas b Malik ra, Nabi saw bersabda; Sesungguhnya Allah mempunyai 'ahli' daripada kalangan manusia. para sahabat bertanya: 'Wahai rasulullah, siapakah mereka itu?' baginda bersabda> merekalah ahli al-Quran iaitu 'Ahli Allah dan golongan pilihannya" (Riwayat Ibnu Majah)
 Ahli al-Quran - golongan yang menghafal Quran,banyak membaca Al-Quran dan beramal dengannya.
Ahli Allah - para wali Allah dan golongan yang mendapat pilihan yang istimewa daripada Allah ( Syarah sunan Ibnu Majah)

nak buat perkara baik memang mudah tetapi nak istiqamah tanpa jemu agak payah. kerana itu setiap perbuatan dan amalan amat memerlukan kepada kefahaman atau tahu mengapa sesuatu perkara itu perlu dilakukan. bukan sahaja sekadar ikutan. apabila sesuatu amalan menjadi ikutan atau trend kepada sipelaku, berkemungkinan besar untuk sipelaku 'boring' melakukannya akan timbul kerana amalan itu hanyalah sekadar ikutan dan bukan kefahaman yang jelas. saya suka mengaji..

Daripada Uthman b Affan ra, nabi saw bersabda: ' orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya' (Riwayat al-Bukhari)

saya suka solat dan berbuat baik..semoga saya dan keluarga ditetapkan hati dan iman serta taqwa dalam agama Islam..amin




cinta menunjuk-nunjuk

malam tadi sempat tengok semanis kurma tapi dah nak habis..ustaz Izhar,ustazah dan suami serta panel ada berkongsi tips mengenai cinta ini..antara yang dapat dikongsi adalah:


  1. jangan overacting menunjuk kasih sayang antara suami dan isteri dikhalayak. simpan buat dirumah n jadikan ianya rahsia suami isteri.(so sweet)
  2. Orang alim juga memegang isterinya apabila di luar di tempat yang ramai orang dengan tujuan untuk menjaga isteri. 
  3. 7P yang penting untuk suami dan isteri : puji,peluk,penghargaan,perhatian,pujuk memujuk,pergaulan,percutian,permohonan berdoa kpd Allah swt

untuk memegang isteri atau berjalan sambil berpegang tangan itu bukan lah overacting malah digalakkan untuk membina kemesraan dan kebahagiaan yang berpanjangan (tanpa sempadan)..yang ditegah adalah berpeluk atau bercium dikhalayak untuk tontonan umum..

Daripada Sahl bin Saad ra, ' Nabi saw bersabda; sesungguhnya Allah Azzawajalla adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah'. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabrani.)

berakhlaklah dengan akhlak yang mulia. bersifat positif apabila ditegur oleh orang lain berkenaan dengan akhlak kita. memang payah untuk menerima kelemahan diri tetapi itu adalah hakikat yang boleh diubah..bersangka baik dan jangan mudah melenting untuk perkara yang mudah.

jaga diri hiasi peribadi..


Wednesday

solat sunat dhuha


bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..mudah diungkap dengan kata-kata tetapi amat payah untuk dikota..saya sering bermujahadah untuk menunaikan solat sunat dhuha setiap hari agar menjadi kebiasaan diri. alhamdulillah..apabila sudah melazimi solat sunat ini meninggalkannya seakan tidak selesa pada hari itu dan berazam untuk memperbaikinya pada hari esok.

semangat sebegini untuk diterapkan dan diamalkan dalam generasi x,y dan z adalah satu jihad. solat sunat dhuha ini adalah solat sunat yang dituntut untuk melakukannya..besar ganjaranya.sekiranya tidak mampu untuk menunaikan secara 4 atau 8 rakaat memadai dengan 2 rakaat sahaja tetapi berterusan. jihad untuk istiqamah itu adalah paling penting.

Dari Abu Zar ra dari Nabi saw baginda bersabda,"Di setiap ruas-ruas persendian seseorang ada kapasiti untuk bersedekah. setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,memerintahkan kebaikan adalah sedekah,mencegah dari kemungkaran adalah sedekah namun dua rakaat solat dhuha yang dilakukan oleh seseorang menyamai semua itu. (sahih muslim?page 217)

ganjarannya sangat besar cuma tidak dapat dilihat dan dirasa. walaubagaimanapun, keimanan yang tinggi mengatasi segalanya..kemanisan iman hanya boleh dirasai apabila dilakukan dengan seikhlas dan sebaik mungkin.janji Allah Taala adalah pasti dan pastinya Allah Taala tidak akan menghampakan hambanya yang selalu meminta kepada-Nya.

Dari abu Hurairah ra dia berkata, ' Kekasihku, Rasulullah saw berpesan tiga hal kepadaku; Puasa tiga hari setiap bulan, solat dhuha dua rakaat dan agar aku melakukan solat witir sebelum tidur'. (Sahih Muslim/218)

banyakkan bersujud kepada Allah swt agar nafsu kepada dunia dapat dikurangkan dan dijinakkan.sangat susah untuk memujuk nafsu tetapi dengan banyakkan sujud in sya Allah..nafsu itu dapat dikawal dan dijinakkan malah nafsu baik pula yang akan muncul..Allah maha berkuasa,,,segala-galanya milik Allah swt.yakini aqidah yang satu pastinya tiada yang rumit dalam hidup ini. up and down adalah lumrah pada manusia kerana itu adalah sifat manusia..imannya bertambah dan berkurang..

Dari abu Hurairah ra bahawasanya rasulullah saw bersabda,"sedekat-dekatnya seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia bersujud, maka perbanyakkanlah doa ketika sujud..(sahih Muslim)
jadikan azam harian adalah tingkatkan iman dan taqwa.jaga hubungan kita dengan Allah swt dan jaga juga hubungan kita dengan manusia. eratkan silaturrahim..pasti hidup akan berjaya dan berkat..



 

Tuesday

sebaik-baik kenikmatan dunia



Dari Abdullah b Amru r.a bahawa Rasulullah saw bersabda ," Dunia adalah tempat kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah isteri yang solehah." (sahih Muslim page 449/ringkasan sahih muslim)


umum amat mengetahui bahawa isteri yang solehah adalah kunci kebahagiaan sebuah keluarga..namum rata-rata juga mengetahui bahawa terlalu besar pengorbanan isteri yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit..dengan wang ringgit pun xboleh di bayar apatah lagi free atau tanpa bayaran..oh, perit2..

kerana itu, untuk menjadi isteri solehah tiang agama perlu utuh..kerana isteri akan diuji dengan pelbagai ujian yang hebat..multitasking yang diperolehi sangat berat untukdipikul tetapi tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

isteri solehah  tidak meminta banyak untuk suami tunaikan segala kehendaknya..cukup dengan menjadi suami  yang soleh dan bijak melayan isteri..suami yang soleh???jadilah imam yang betul dan lurus di jalan Allah swt..solat di awal waktu, tahu betapa berbezanya ibadat wajib dan ibadat sunat,harus,makruh dan haram..faqihlah dalam bidang agama agar boleh menjadi rujukan kepada isteri..berusahalah untuk mejadi yang lebih baik setiap  hari dalam hidup suami..

bijak melayan isteri????? bantulah isteri tanpa disuruh..sesungguhnya, apabila suami melakukan kerja tanpa diminta oleh isteri amatlah tinggi nilainya disisi isteri..jangan dirungut atas bantuan itu kerana bantuan dan tanggungjawab itu adalah wajib ke atas suami.. ihsan isteri jangan disalahgunakan..

Islam amat melarang suami yang beriman membenci isteri yang mukminah :
dari Abu Hurairah ra dia berkata, " Rasulullah saw bersabda janganlah suami yang beriman membenci isteri yang beriman, kerana apabila suami tidak menyukai suatu perangainya tentu ada perangai lain yang menyenangkannya".
sahih Muslim page 493/ringkasan sahih muslim)

*** tidak rugi berbuat baik dan  mengamalkan kebaikan ***