Thursday

HAPPY BIRTHDAY ANAK MAMA

umair (Bukit Tinggi, Indonesia)
A1-Sepang

8 Mac 2007 - lahirlah seorang jundullah mama yang comel . Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi atas nikmat yang besar dan tinggi nilainya ini. mama lantas menamakan anak comel ini dengan nama yang mulia juga iaitu MUHAMMAD UMAIR B MOHD NASRUL HAKIM..Alhamdulillah..

pada hari ini, genap umur umair 6 tahun..selamat hari lahir sayang..mama amat menyayangi dirimu dan juga abangmu serta adik-adikmu.semua mama sayang..kasih sayang yang tidak boleh diukur dengan kata-kata dan tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.

mama doakan umair agar menjadi anak yang soleh beriman, beramal dan bertaqwa..berjaya dalam kerjaya serta berjaya juga dalam hidup..diberikan kesihatan yang baik,kecerdasan akal yang tinggi,kecergasan fizikal yang hebat, kefasihan dalam berkata-kata, kemantapan dan kemudahan dalam menuntut ilmu serta keberanian yang tinggi dalam berjihad menegakkan agama Allah di muka bumi ini..amin

baby umair mama