Thursday

Program yang belum diupdate

  1. Program Anak-anak Tabika Kemas di UM
  2. Program Pemeriksaan Kesihatan Anjuran Tabika Kemas
  3. Program Hari Raya KRT SSB di Padang Taman Berlian
  4. Program Ibadah Korban Di Padang Taman Berlian
  5. Balik Kampung Sempena Raya Haji
  6. Memulakan Perniagaan Ikan Haruan Hidup..yeyyy

tugasan akhir sebelum bercuti

Alhamdulillah..perjalanan PhD kini bermula secara rasminya tanpa sebarang urusan kerja di opis..syukur yang tidak terhingga padaMu ya Allah.. Walaubagaimanapun, saki baki tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan tetap dilaksanakan agar percutian dalam menyiapkan tesis PhD ini diberkati..apa tu yaaaa??

hehehe..antaranya ialah:

  1. Program Jejak Muallaf di Perkampungan Orang Asli di Serendah

  • Laporannya ada pada link yang telah dinyatakan di bawah..Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar..pukul 8am mama gerak dari rumah bersama dua orang sahabat yang diamanahkan untuk menjadi masterchef program hari itu dan kembali ke rumah pada jam 9malam..fuhh, memang penat tetapi syukur Alhamdulillah. kesemua pelajar-pelajar mama berada dalam keadaan baik sepanjang program dijalankan.cuma seorang je yang kene sakit gegate or kelopak garam kalau xsilapnye orang utara panggil..tapi Alhamdulillah, bawak ke petang gegate itu juga beransur baik..petuanya, lumurkan badan dengan menggunakan garam dan sedikit air.
  • sesungguhnya ukhuwwah telah terjalin antara mahasiswa UniKL MIIt dan penduduk JHEOA Serendah yang beragama Islam
  • One to One approach and small group workshop telah dijalankan. antaranya mengajar cara azan dengan sempurna, cara solat dengan sempurna, mengajar bacaan-bacaan dalam solat, mengajar zikir-zikir harian, cara mengucap syahadah dengan sempurna dan penyampaian buku fardhu ain kepada ustazah yang telah ditaklifkan untuk menjaga surau di situ
  • terdapatnya pertandingan bola sepak antara mahasiswa UniKL MIIT khususnya Ahli Kelab PERKIM MIIT bersama penduduk kampung..keputusan tokse nak ghoyak kat sini...hehe,biarlah rahsia
  • semoga program di sini akan diteruskan untuk sesi akan datang..kita panggil Jejak Muallaf 2 pulak ok guyss..insyaAllah
  • https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.727682790579169&type=1



  1. Program Riadah Kelab Perkim di Bukit Broga

  • Diadakan di Bukit Broga Semenyih. sebanyak dua van telah disediakan untuk bergerak ke tempat ini
  • Alhamdulillah, tiada kecederaan serius berlaku cuma kaki seorang pelajar muslimat yang cramp.walaubagaimanapun, semuanya under control..
  • Dihadapan Bukit ini terdapat mini zoo yang menempatkan arnab, kambing dan kuda. walaupun sikit haiwan yang terdapat disitu tetapi tetap mempunyai pengunjungnya tanpa mengira bangsa dan agama
  • Actually, ini merupakan program pertama untuk Kelab PERKIM MIIT bagi sem Sept2013 ini..
  • Banyak gambar menarik boleh dilihat di link yang diberikan
  • https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.722729734407808&type=1 
  1. Program Ziarah Hospital, Serdang
  • Program ini boleh dikatakan program wajib bagi setiap sem. program ini biasanya di ketuai oleh Kak Jem dari PERKIM KEBANGSAAN. Biasanya lagi, sebuah bas akan disediakan untuk program Ziarah Hospital ini.
  • Saya sangat bangga menjadi penasihat Kelab ini. Tahniah diucapkan kepada semua penggerak Kelab PERKIM MIIT
  • https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.725020577512057&type=1