Tuesday

uwais dan umair

uwais,ulwan n umair

apabila ditanya kepada anakanda tercinta mengenai cita-citanya kelak..alhamdulillah, dengan jelas dan yakin uwais akan sebut doktor yang beriman manakala umair pula akan menyebut angkasawan yang beriman. mekar setaman hati mama mendengarnya.

usaha mama tidak berhenti di situ sahaja..mama sedaya upaya memastikan semua anak mama solat tanpa tinggal apatah lagi jemu. ini peranan mama untuk menampakkan keindahan Islam kepada anak-anak mama.walaubagaimanapun, mama amat berharap ayah akan join sekali dalam sama-sama memikul taklifan ini.

mama berusaha untuk menzahirkan bahawa mama amat takut dengan neraka Allah, mama sangat berserah diri kepada Allah serta membela agama Allah dan yang paling penting sekali adalah mama sangat mencintai Allah. 

mencintai Allah tidak semudah mulut melafazkannya sebaliknya amalan seharian adalah sebagai bukti. bagaimana mama mahu mengajar anak-anak mama berbuat baik kepada orang lain kalau mama tidak memulakannya dahulu. mama amat terkesan dengan satu pernyataan yang mama baca iaitu:

apabila anak kita melakukan kesilapan maka awas para ibu dan ayah..kesilapan itu bukan sahaja 100% dari naifnya anak tetapi meunujukkan adanya khilaf atau dosa ibu ayah masa lalu yang belum dibuat taubatnya.

anak-anak mama mencerminkan diri mama dan ayah...mama tidak takut akan pandangan manusia tetapi mama amat takut dengan pandangan Allah..mama tahu, apabila mama takut dengan pandangan Allah maka pastinya  mama akan lakukan yang terbaik dalam memikul segala taklifan yang diberikan kepada mama dan salah satunya adalah untuk mendidik anak-anak mama supaya menjadi hamba yang beriman,beramal dan bertakwa serta berjaya dalam hidup dan karier masing2.

Apabila anak-anak mama mencintai Allah pastinya perasaan takut terhadap neraka Allah akan subur sentiasa di hatimu serta keyakinan untuk berserah diri kepada-Nya akan dilakukan tanpa ragu-ragu serta dengan mudah menjadi tunggak utama dalam membela agama Allah.

mama amat yakin dan percaya bahawa usaha tanpa jemu adalah kunci untuk mama melihat anak-anak mama berjaya menjadi mukmin yang berjaya dengan cemerlang secara holistik dalam kehidupan dan kerjaya..

in sya Allah wa amin..

ilmu dan akhlak


Anas ra berkata:
Barangsiapa yang pergi mencari ilmu, maka ia berada di jalan Allah sehingga ia kembali. 
(HR at-Tirmizi)

Alhamdulillah..sememangnya Islam amat menekankan hambanya untuk tidak jemu dalam mencari ilmu. dengan ilmu kita akan lebih memahami islam dan melaksanakan ajarannya serta tidak hanya bersifat ikut-ikutan semata.

dengan ilmu juga kita akan menjadi lebih pandai untuk mengatakan tidak kepada yang berlawanan dengan apa yang disuruh oleh Allah swt. simple sahaja.. tetapi semuanya adalah dengan ilmu.

jangan malas untuk pergi ke majlis ilmu, menampingi orang yang berilmu dan mendengar perkara-perkara  yang memberi ilmu kerana sesungguhnya dengan ilmu kita akan menjadi manusia yang berbeza dengan orang yang sebaliknya.

tanggungjawab manusia terbahagi kepada fardhu ain dan fardhu kifayah..bagaimana mahu selesaikan bahagian fardhu ain tanpa ilmu..hanya sekadar ikutan semata tetapi sampai bila???berusahalah mencari ilmu.

tidak rugi untuk kita menjadi orang yang BERILMU.

untuk berakhlak dengan akhlak Islam juga adalah dengan ilmu.

Seorang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling mulia akhlaknya.

rajin-rajinlah dalam menuntut iilmu. saya sendiri kadang-kadang kalah dengan dugaan syaitan dalam menuntut ilmu ini tetapi alhamdulillah, keyakinan yang tinggi dan disertakan usaha yang kuat dan jelas tujuan serta matlamatnya, maka kesedaran ke pangkal jalan akan timbul kembali. memang sebagai manusia, pengharapan  kita kepada Allah Taala tidak boleh putus dan bermusim. setiap detik adalah dengan izin-Nya, maka berdoalah kepada-Nya agar apa jua yang dilakukan seiring dengan perancangannya..


Janganlah engkau menganggap rendah kebaikan meskipun sekadar tersenyum kepada saudaramu. (HR Muslim)

selalulah memberikan senyuman yang manis dengan hati dan niat yang ikhlas.


KEBERSIHAN

Alahamdulillah..

kebersihan adalah sebahagian daripada iman.. itu adalah hadis yang  umum mengetahuinya. bagaimana hendak bersolat sekiranya pakaian terkena najis, dalam keadaan berhadas sama ada kecil atau besar dan banyak lagi..maka kerana itu Islam amat menekankan mengenai kebersihan.

kebersihan juga melambangkan peribadi seseorang. kita boleh percaya pada kata-kata orang yang bijak dalam menjaga kebersihan dirinya selain bersih hati dan  tindakannya. kebersihan tidak hanya menjurus kepada kotoran yang nampak sahaja bahkan jua yang tidak nampak.

kebersihan juga boleh membentuk disiplin seseorang sekaligus menjadikannya berbeza dengan orang yang biasa-biasa sahaja. ini kerana, sekiranya seseorang suka kepada kebersihan ini akan mendisiplinkannya dalam segala gerak ativitinya seperti disiplin untuk menutup aurat dengan sempurna untuk membersihkan diri dari dosa, disiplin untuk menyikat rambut bagi lelaki agar tidak dipandang selekeh dsb.

kebersihan juga boleh memberikan mood yang bagus kepada orang yang mengamalkannya..kerana aura positif disekelilingnya menyebabkan gangguan dari aura negatif gagal untuk menembusinya..ketenangan fikiran amat penting dan salah satu faktor untuk mendapatkannya adalah daripada kebersihan

justeru, tidak rugi untuk mengamalkan kebersihan.