Tuesday

ilmu dan akhlak


Anas ra berkata:
Barangsiapa yang pergi mencari ilmu, maka ia berada di jalan Allah sehingga ia kembali. 
(HR at-Tirmizi)

Alhamdulillah..sememangnya Islam amat menekankan hambanya untuk tidak jemu dalam mencari ilmu. dengan ilmu kita akan lebih memahami islam dan melaksanakan ajarannya serta tidak hanya bersifat ikut-ikutan semata.

dengan ilmu juga kita akan menjadi lebih pandai untuk mengatakan tidak kepada yang berlawanan dengan apa yang disuruh oleh Allah swt. simple sahaja.. tetapi semuanya adalah dengan ilmu.

jangan malas untuk pergi ke majlis ilmu, menampingi orang yang berilmu dan mendengar perkara-perkara  yang memberi ilmu kerana sesungguhnya dengan ilmu kita akan menjadi manusia yang berbeza dengan orang yang sebaliknya.

tanggungjawab manusia terbahagi kepada fardhu ain dan fardhu kifayah..bagaimana mahu selesaikan bahagian fardhu ain tanpa ilmu..hanya sekadar ikutan semata tetapi sampai bila???berusahalah mencari ilmu.

tidak rugi untuk kita menjadi orang yang BERILMU.

untuk berakhlak dengan akhlak Islam juga adalah dengan ilmu.

Seorang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling mulia akhlaknya.

rajin-rajinlah dalam menuntut iilmu. saya sendiri kadang-kadang kalah dengan dugaan syaitan dalam menuntut ilmu ini tetapi alhamdulillah, keyakinan yang tinggi dan disertakan usaha yang kuat dan jelas tujuan serta matlamatnya, maka kesedaran ke pangkal jalan akan timbul kembali. memang sebagai manusia, pengharapan  kita kepada Allah Taala tidak boleh putus dan bermusim. setiap detik adalah dengan izin-Nya, maka berdoalah kepada-Nya agar apa jua yang dilakukan seiring dengan perancangannya..


Janganlah engkau menganggap rendah kebaikan meskipun sekadar tersenyum kepada saudaramu. (HR Muslim)

selalulah memberikan senyuman yang manis dengan hati dan niat yang ikhlas.


KEBERSIHAN

Alahamdulillah..

kebersihan adalah sebahagian daripada iman.. itu adalah hadis yang  umum mengetahuinya. bagaimana hendak bersolat sekiranya pakaian terkena najis, dalam keadaan berhadas sama ada kecil atau besar dan banyak lagi..maka kerana itu Islam amat menekankan mengenai kebersihan.

kebersihan juga melambangkan peribadi seseorang. kita boleh percaya pada kata-kata orang yang bijak dalam menjaga kebersihan dirinya selain bersih hati dan  tindakannya. kebersihan tidak hanya menjurus kepada kotoran yang nampak sahaja bahkan jua yang tidak nampak.

kebersihan juga boleh membentuk disiplin seseorang sekaligus menjadikannya berbeza dengan orang yang biasa-biasa sahaja. ini kerana, sekiranya seseorang suka kepada kebersihan ini akan mendisiplinkannya dalam segala gerak ativitinya seperti disiplin untuk menutup aurat dengan sempurna untuk membersihkan diri dari dosa, disiplin untuk menyikat rambut bagi lelaki agar tidak dipandang selekeh dsb.

kebersihan juga boleh memberikan mood yang bagus kepada orang yang mengamalkannya..kerana aura positif disekelilingnya menyebabkan gangguan dari aura negatif gagal untuk menembusinya..ketenangan fikiran amat penting dan salah satu faktor untuk mendapatkannya adalah daripada kebersihan

justeru, tidak rugi untuk mengamalkan kebersihan.

Wednesday

http://www.quranpen.my/hop.php?ref=aruneb

sila klik banyak2 yerk..toce2

Tuesday

HARGA M3 DAH BERUBAH..

Salam semua, saya ada makluman yang sangat penting. saya tidak dapat lagi menjual al-Quran Pen ini pada harga rm250 sebaliknya saya terpaksa menjualnya pada harga rm280. kepada yang telah membeli dengan harga lama TAHNIAH diucapkan..kepada pembeli baru..jangan risau, harga hanya beza dalam rm30 sahaja, tetapi pahala membaca al-quran itu sangat besar..apalah sangat rm280 ini kan???sapa setuju dengan saya..picit hidung..

terima kasih atas kepercayaan anda kepada saya..

HARGA 1 QPR M3 = RM280