Sunday

puasa abang uwais dan abang umair 1434H

Alhamdulillah..setakat hari ni (20 Ramadhan) abang uwais ngan abang umair masih mengekalkan puasanya tanpa bocor walau sehari..syukur kepadaMu Ya Allah..

walau mama  termiss sahur 2x termasuk pagi tadi sebab lupa nak masak nasik..tapi Alhamdulillah..dua orang anak mama ni tahan berpuasa sehingga berbuka.

paling penting..uwais ngan umair makin boleh solat sendiri tanpa disuruh dengan bacaan yang kuat supaya senang mama ayah nak tegur bacaan yang salah..mama bangga kalian mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang kuat.begitulah nak..hendak menjadi hamba Allah yang terbaik di dunia ini perlukan kekuatan mental dan fizikal agar mudah untuk kita beribadah kepadaNya.

tidak banyak ragam sepanjang menjalankan ibdah puasa di bulan Ramadhan ini..cukup dengan menerima seadanya apa jua rezeki yang menjadi milik kita..maa cukup kagum dengan kalian berdua..dengan usia 8 dan 6 tahun..tidak ada apa yang lebih membanggakan mama selain kalian rajin menunaikan solat pada waktunya dan mencukupkan puasa selama sebulan ini..Alhamdulillah..sesungguhnya aku amat bersyukur atas rahmat dan nikmat yang dikurniakan.. amin



No comments:

Post a Comment